Bila takut dengan bayang-bayang sendiri

Oleh Shahrazad Sani 21 May 2018 1435
Bila takut dengan bayang-bayang sendiri
Itu saya fikir situasi yang sedang membelenggu Persekutuan Badminton Dunia BWF dalam meluaskan pengaruh di pentas antarabangsa.

Popular di Asia dan Eropah, tetapi badminton masih jauh dalam menggugat sukan Tenis sebagai sukan raket nombor satu dunia.

Antara perubahan ketara dilaksanakan BWF musim ini adalah penjenamaan semula saingan bertaraf terbuka yang kini lebih mirip jelajah ATP atau WTA.

Pendekatan ini dalam kalangan peminat seluruh dunia dianggap sebagai sesuatu yang mengikis identiti yang sekian lama terbina.

Baru-baru ini, BWF ibarat ditempelak ahli gabungan sendiri apabila gagal capai sepakat untuk mengubah format kiraan mata.

Badan induk ini berasakan format 11 mata 5 set terbaik yang bersandarkan pada aksi pantas dan agresif adalah masa depÄn sukan ini.

Tetapi kepincangan dalam siri ujian BWF yang tidak mendapatkan maklum balas pemian terbaik dunia, akhirnya menjadi penutup kepada kisah ini.

Setidaknya buat sementara waktu pada hemat saya.

Sebilangan besar pemain elit dunia yang diajukan persoalan ini, mereka menegaskan, sistem sedia ada 21 mata 3 set terbaik sudah cukup sempurna.

Selagi BWF takut dengan bayang-bayang sendiri, selagi itu mereka akan ikhtiar untuk lakukan apa sahaja perubahan untuk bersaing dengan tenis dan bukan demi kelangsungan badminton.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen