Bila-bila masa boleh ucap selamat tinggal

Oleh 28 February 2018 11968
Bila-bila masa boleh ucap selamat tinggal
Saya sudah boleh bersara dengan gembira! Itu lah kenyataan dibuat penyerang sensasi Real Madrid yang dikeluarkan baru-baru ini. Cristiano Ronaldo menegaskan dia tidak mempunyai impian yang lebih besar dalam bola sepak dan boleh bersara sekarang jika mahu. 

Sebelum ini, Ronaldo telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab luar atas pertikaian kontrak yang berlaku di Real Madrid.

Bagaimanapun, pemain berusia 33 tahun itu menegaskan dia gembira untuk kekal di Bernabeu dan masih mencintai Madrid tetapi dia juga boleh ke mana sahaja yang dia mahu untuk mencuba perkara yang berbeza di dalam kariernya.

"Saya tidak pernah mengimpikan saya akan memenangi lima anugerah Ballon d'Or. Jika terpaksa bersara sekarang, saya tetap berasa gembira.

Ronaldo telah memenangi anugerah berprestij itu pada tahun 2008, 2013, 2014, 2016 dan 2017. Pencapaian itu menyamai seorang lagi bintang Argentina Leonel Messi.

Ketika ditanya apakah ada mimpi lagi untuk dicapai dalam bola sepak, seperti memenangi Piala Dunia bersama Portugal? Ronaldo berkata: "Secara ikhlasnya untuk memenangi Piala Dunia adalah agak mustahil.

"Kami bukanlah pilihan utama, kami harus jujur ​, rendah diri dan memahami ada pasukan dengan nama yang lebih besar seperti Brazil, Sepanyol, Jerman dan Argentina," kata ketua pasukan Portugal itu.

"Saya telah mencapai semua yang saya impikan dalam bola sepak, saya fikir saya telah mencapai banyak perkara bagus dan saya tidak mempunyai impian yang lebih daripada itu”. 

Portugal telah diletakkan bersama dengan Sepanyol, Maghribi dan Iran dalam Kumpulan B, Piala Dunia dan Ronaldo percaya tekanan yang diletakkan terlalu tinggi terhadap sesebuah pasukan akan hanya menyebabkan kekecewaan yang lebih parah.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen