Bateri 'Energizer Bunny' berkurangan

Oleh Sharon Wee 25 February 2018 7446
Bateri 'Energizer Bunny' berkurangan
Kekalahan terbesar selepas 16 tahun buat Nicol David. 

'Not too bad lah!'

Ada yang kalah setiap kali beraksi. 

Nicol tewas kepada pemain 17 tahun Mesir Hania El Hammamy di pusingan pertama Terbuka Windy City kelmarin selepas kali terakhir dikecewakan di pusingan awal kejohanan berperingkat siri dunia di Terbuka Seattle 2002. 

Nicol nyata tidak seperti dahulu apabila mendominasi dunia skuasy wanita muncul juara dunia 8 kali dan lebih dari 9 tahun berturut-turut menguasai takhta teratas ranking dunia. 

Sejak ranking nombor 1 dunia dirampas oleh pemain Mesir Raneem El Welily pada September 2015, prestasi anak jati Pulau Pinang ini yang masih berpangkalan di Amsterdam selepas 15 tahun terumbang-ambing. 

Pelbagai pendapat faktor kejatuhan Nicol antaranya yang paling klasik ialah faktor umur di mana Nicol kini berusia 34 tahun dan semakin perlahan reaksi di dalam gelanggang juga stamina berkurangan. 

Selain itu ada juga yang mengatakan corak permainan Nicol yang bermain secara 'basic' tidak lagi sesuai di gelanggang yang mempunyai tin 17 inci yang ditukar daripada 19 inci dalam kejohanan antarabangsa.

Memang ramai juga 'jurulatih' yang mengkritik bahawa Nicol memegang raket terlalu tinggi oleh itu sukar menjangkau ke arah bola. 

Macam-macam lagi. 

Dalam beberapa temubual di akhbar baru-baru ini, jelas Nicol melihat karier skuasynya kini lebih daripada sukan dan untuk menjadi juara. 

Ikon sukan Malaysia yang mula bermain skuasy sejak berumur 7 tahun mempunyai perspektif yang berbeza antaranya mencabar diri sendiri dalam apa jua keadaan termasuklah dari segi mental, fizikal dan emosi. 

Selain itu, Nicol akur dia kini dalam perjalanan dan fasa hidup yang cukup berbeza dan ingin menggunakan sukan skuasy sebagai platform dalam pembangunan diri sendiri. 

Dikenali 'Energizer Bunny' kerana ketahanan fizikal dan kepantasan dalam gelanggang tetapi dapat dilihat kekuatan Nicol semakin berkurangan. 

Jelas anotomi dan reaksi badan seseorang manusia perlu diterima terutamanya oleh seorang ahli sukan, juga ada kemungkinan api yang menjadi dorongan kepada Nicol selama ini semakin malap. 

Namun ratu skuasy negara, Nicol David berikrar akan terus berjuang dalam apa sekali cabaran pun untuk negara tercinta, Malaysia. 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen