Barisan terbaik EPL bergabung

Oleh Ammar Hakim 28 February 2018 19141
Barisan terbaik EPL bergabung
Menggabungkan bintang-bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal menjadikan satu perlawanan yang menarik, menyaksikan barisan terbaik dalam kesebelasan utama mempamerkan keterujaan buat peminat di England. Selepas meraih tiga hari cuti daripada Jose Mourinho, penyerang Manchester United, Romelu Lukaku telah terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menyaksikan perlawanan bola keranjang (NBA) dan menemui idea yang boleh diketengahkan oleh pihak Persatuan Bolasepak England (FA) -- dengan mengadakan aksi "All-Stars".

Saingan ini merupakan perkara yang telah dilakukan oleh AS dalam saingan NBA, Liga Bolasepak Amerika (NFL), Liga Hoki Ais Kebangsaan (NHL) serta saingan Liga Bolasepak 

Utama (MLS).

Ia merupakan gabungan pemain-pemain terbaik dalam setiap saingan dan mewakili Timur dan Barat.

Jika ia adalah satu langkah yang boleh diambil pihak FA, ternyata saingan terkenal di muka bumi ini pasti mendapat perhatian serata dunia.



Kesebelasan utara: David De Gea; Kyle Walker, John Stones, Virgil Van Dijk, Luke Shaw; Fernandinho, Paul Pogba; Mohammed Salah, Kevin De Bruyne (K), Sadio Mane; Sergio Aguero (4-2-3-1)

Pemain gantian: Ederson, Nicolas Otamendi, Idrissa Gueye, Raheem Sterling, David Silva, Romelu Lukaku, Roberto Firmino

Pengurus: Pep Guardiola

De Gea dilihat sebagai pilihan penjaga gol buat skuad Utara. Pertahanan termahal dunia, Van Dijk, akan bergandingan bersama Otamendi yang diapit oleh Walker dan Shaw. 

Paul Pogba mengisi barisan tengah bersama De Bruyne untuk memberikan sokongan kepada jentera serangan yang diketuai oleh Aguero. Pemain sayap Liverpool, Salah dan Mane mengisi kesebelasan di atas persembahan cemerlang mereka musim ini.



Kesebelasan Selatan: Hugo Lloris, Cesar Azpilicueta, Toby Alderweireld, Jan Vertonghen; N'Golo Kante, Moussa Dembele; Willian, Henrikh Mkhitaryan, Eden Hazard; Harry Kane, Pierre-Emerick Aubameyang (3-1-4-2)

Pemain Gantian: Thibaut Courtois, Kieran Trippier, Davinson Sanchez, Andreas Christensen, Christian Eriksen, Wilfried Zaha, Danny Rose 

Pengurus: Mauricio Pochettino

Empat pemain Tottenham dalam kesebelasan utama, -- Lloris dipilih sebagai penjaga gol sementara Vertonghen, Alderweireld dan Azpilicueta bertindak selaku kubu pertahanan pasukan Selatan.

Jentera tengah yang diketuai oleh Kante dan Dembele dan pemain Chelsea, Hazard dan Willian bertindak selaku pemain sayap. Mkhitaryan bermain dalam posisi nombor 10 sementara dua penyerang, Kane dan Aubameyang akan bergandingan untuk memberikan mimpi buruk buat skuad Utara.

Bagaimanapun, semua ini adalah satu perancangan yang masih tiada kepastian. Tetapi ia adalah satu inisiatif yang boleh diambil oleh pihak FA mengikut jejak AS yang membebaskan pemain-pemain daripada tekanan dalam saingan domestik mahupun Eropah, tetapi memberikan keterujaan yang baru buat peminat kancah bola sepak Inggeris.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen