Bajet kaki racing

Oleh 20 December 2017 136
Bajet kaki racing
Diam tak diam hampir 18 tahun Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dibuka. Sejak ia dibuka, pelbagai pertandingan perlumbaan telah dianjurkan hinggalah pada tahun ini perlumbaan kereta ikonik Grand Prix Formula Satu (F1) ditamatkan penganjurannya di sini.

Baru-baru ini, saya berpeluang ke litar perlumbaan yang direka pereka dari Jerman ini. Yang menjadi tanda tanya dalam kepala saya, sejak ia dibuka pada Mac 1999, berapa ramaikah agaknya rakyat Malaysia yang pernah datang dan melihat sendiri perlumbaan di sini?

Kita mungkin kenal nama besar pelumba-pelumba motor dan kereta seperti Muhammad Zulfahmi Khairuddin, Hafizh Syahrin Abdullah, Alex Yoong dan beberapa lagi bintang dunia permotoran di Malaysia. Mesti kita bangga anak Malaysia jadi juara dan dapat berlumba di peringkat antarabangsa.

Yang menghairankan saya, kehadiran penyokong dan juga peminat-peminat sukan bermotor ini tidak begitu memberansangkan.

Lihat sendiri punca 'F1' dihentikan penganjuran di Malaysia kerana apa? Mungkinkah harga tiket terlalu mahal?  Ataupun lokasi litar ini terlalu jauh? Apa pun jawapannya, itu bukan alasan.

Bagi peminat-peminat sukan permotoran, daripada mata kasar saya melihat anda semua mampu untuk memiliki motor-motor besar, enjin kereta pun 'power'.

Apalah kiranya beli tiket dan datang ke litar setiap kali ada perlumbaan yang dianjurkan sebagai tanda sokongan pada anak-anak Malaysia yang terlibat dalam perlumbaan.

Jangan tunggu mereka dah ada nama baru nak bangga. Dan jangan pula tunggu dapat tiket percuma. Ayuh kita sokong sukan permotoran kita.

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen