Atlet perlu elak jadi pelaris produk di dalam laman sosial

Oleh Shaiful Shamsudin 13 February 2018 591
Atlet perlu elak jadi pelaris produk di dalam laman sosial
Sukan negara kembali digegarkan dengan isu doping dan kali ini membabitkan penjaga gol skuad B-23 negara, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, yang gagal ujian berkenaan dalam Kejohanan AFC B-23 2018, bulan lalu. 

Ujian doping itu diadakan sejurus wisel penamat aksi pembukaan Kumpulan C bertemu Iraq -- dua pemain negara diuji, selain Syihan ialah ketua pasukan, Adam Nor Azlin. 



Semalam, dia mencabar keputusan itu dengan menuntut ujian sampel B dijalankan dan paling cepat hasil ujian kedua di China itu diketahui adalah pada minggu depan. 

Sampel A pemain Negeri Sembilan itu didapati mengandungi metabolite methandienone, sejenis bahan perangsang prestasi dalam senarai Agensi Anti-Doping Dunia (WADA). 

Paling lama bahan yang boleh menjejaskan fungsi hati itu boleh kekal dalam badan adalah sekitar 19 hari. 

Bola sepak domestik juga tidak terkecuali, terutama apabila membabitkan perlawanan-perlawanan besar. 

Dalam perlawanan Piala FA 2014, media terpaksa menunggu Shukor Adan selama beberapa jam selepas ketua pasukan Felda United itu dipanggil untuk menjalani ujian doping sebaik permainan berakhir. 

Apapun, atlet-atlet lain perlu menjadikan kes ini sebagai iktibar dan lebih peka terhadap isu berkaitan. 

Atlet sentiasa disarankan agar merujuk kepada jurulatih, pengurus, pakar nutrisi mahupun Institut Sukan Negara (ISN) bagi menjamin kesahihan sesuatu produk itu. 

Begitupun, terdapat sesetengah atlet yang bertindak sebagai 'duta' kepada beberapa produk penggalak prestasi ini mahupun apa-apa ubat-ubatan yang menawarkan pemulihan kecederaan segera seperti lutut.

Kebanyakan produk-produk seperti ini dipromosi dalam akaun sosial peribadi mereka, jadi adalah lebih bagus jika atlet memainkan peranan lebih luas terhadap isu sensitif membabitkan pemakanan ini. 

Dari kaca mata mereka yang aktif bersukan, mereka menjadikan atlet sebagai contoh tepat, jadi atlet perlu lebih bertanggungjawab terhadap produk yang dipromosikan. 

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen