Apa lagi, undilah finalis AJNA 2018!

Oleh Nur Amira Ibrahim 10 January 2019 1080
Apa lagi, undilah finalis AJNA 2018!
Anugerah Jagoan Nadi Arena, AJNA kembali bagi edisi kedua dengan menampilkan lima finalis terbaik untuk dinobatkan pemenang kali ini. 

Seramai 10 orang calon terbaik sebelum ini sudah pun diketahui dengan setiap karakter dan pencapaian di pentas antarabangsa diambil kira bagi menentukan finalis terbaik sebelum undian bermula. 

Lima finalis iaitu atlet badminton negara, Goh Jin Wei, pelumba basikal trek Azizulhasni Awang, Ridzuan Puzi selaku atlet olahraga para negara, jaguh bowling negara, Rafiq Ismail dan Syarul Azman Mike Mahen atlet bina bdan negara bakal bersaing untuk merebut trofi AJNA kali ini. 

Penerjun negara selaku juara dunia 2017, Cheong Jun Hoong menjadi atlet pertama memenangi anugerah ini yang julung kalinya diperkenalkan oleh wartawan Nadi Arena. 

Lima finalis sudah pun diketahui, apa lagi yang anda tunggu? Mereka memerlukan sokongan daripada anda sendiri peminat sukan tanah air untuk mengundi jika ingin melihat atlet kegemaran anda julang trofi ini pada 19 Januari nanti. 

Undian sudah pun bermula jam 8 malam pada 10 Januari 2019 dan akan berakhir pada jam 12 tengah malam, 18 Januari 2019. 

Kami akan kongsikan pautan atau “link” undian di laman sosial Instagram, Twitter dan Facebook Astro Arena untuk memudahkan anda membuat undian. 

Goh Jin Wei, Azizulhasni Awang, Ridzuan Puzi, Rafiq Ismail dan Mike Mahen. Siapakah yang menjadi pilihan anda untuk dinobatkan pemenang AJNA 2018? 

docs.google.com/forms/d/16O74POvz-VQ_JqCCl3E06LejfP5lectXU2KgEiqxFck/viewform?edit_requested=true

Tentang Penulis

Tawaran Menarik

Komen