Zulfadli tidak puas hati hukuman BWF

Oleh Staff Writer 2 Mei 2018 7990
Zulfadli tidak puas hati hukuman BWF
“Hukuman yang tidak berasas,” itu reaksi daripada pemain profesional negara, Zulfadli Zulkiffli, terhadap keputusan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menggantungnya selama 20 tahun dan tetap akan membuat rayuan dalam masa terdekat.

Ketika ditemui wakil Nadi Arena hari ini, Zulfadli nyata tidak berpuas hati dengan keputusan penggantungan tempoh panjang yang dikenakan terhadapnya itu sambil mempertahankan dirinya adalah mangsa keadaan.

Walaupun segala penjelasan dan keterangan sudah dilakukan ketika sesi pendengaran di Singapura pada Februari lalu, keputusan tetap tidak memihak kepada dirinya dan juga rakan senegara, Tan Chun Seang.

Justeru, bekas juara remaja dunia 2011 itu tidak berputus asa untuk membuat rayuan sambil berharap keputusan yang lebih adil dan telus dapat ditentukan.

"Bagi saya, keputusan BWF salah dan tidak berasas. Saya akan melakukan rayuan dan tidak berpuas hati dituduh tanpa asas. Sebelum ini, saya ke Singapura untuk membuktikan tidak bersalah tetapi BWF menyifatkan saya bersalah.

"Saya rasa saya adalah mangsa. Buat masa ini, saya tidak dapat mengeluarkan kenyataan lanjut dan mungkin akan memberi ulasan dalam masa beberapa hari lagi," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen