Zee Jia sedia galas tanggungjawab besar

Oleh Staff Writer 22 Mei 2018 3404
Zee Jia sedia galas tanggungjawab besar
Skuad Piala Thomas negara sudah bersedia untuk turun tanpa kelibat Datuk Lee Chong Wei dalam misi memburu satu lagi kemenangan 5-0 apabila bertemu Algeria hari ini sebelum berdepan cabaran sebenar menentang Denmark, esok.

Jika itu perancangan skuad negara, maka Lee Zii Jia akan memainkan peranan sebagai perseorangan pertama, disusuli Iskandar Zulkarnain Zainuddin selaku perseorngan kedua manakala juara Remaja Asia 2017, Leong Jun Hao, selaku perseorangan ketiga.

"Saya sentiasa akan bersedia dan jika pasukan memerlukan saya untuk beraksi selaku perseorangan pertama, saya akan turun bermain seperti diminta.

"Mata pertama amat penting untuk pasukan memandangkan jika tewas, ia mungkin akan memberi kesan kepada seluruh pasukan," ujar Zee Jia.

Bagi Iskandar, penting untuk barisan perseorangan Malaysia melaungkan amaran kepada Denmark sebelum pertemuan penentu juara kumpulan itu nanti.

Berdasarkan reputasi dan ranking semasa, wakil-wakil perseorangan Denmark jelas berada dalam kedudukan lebih baik berbanding pemain Malaysia.

"Saya rasa kekuatan kami terletak pada status bukan pilihan. 

"Kami tidak begitu tertekan. Seperti dua tahun lepas, saya beraksi tanpa tekanan dan dapat tampil luar biasa di gelanggang. Saya harap kami dapat memberikan sepenuh kudrat apabila berdepan pemain elit," kata Iskandar.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen