Vivian-Khe Wei terima penghargaan daripada UM

Oleh Staff Writer 30 Mac 2017
Vivian-Khe Wei terima penghargaan daripada UM
Beregu wanita badminton negara, Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei, menganggap anugerah Lencana Khas Sukan Universiti yang diterima daripada Universiti Malaya (UM) sebagai pembakar semangat untuk beraksi dalam Siri Super Premier Terbuka Malaysia di Sarawak, minggu depan.

Pasangan itu menerima penghargaan di atas semangat mengharumkan nama negara dalam kejohanan antarabangsa sepanjang 2016, khususnya pembabitan di pentas Sukan Olimpik Rio.

Anugerah itu mampu memberi semangat baru buat mereka yang menggalas cabaran getir dalam Terbuka Malaysia apabila dijangka berdepan beregu dari China, Bao Yixin-Yu Xiaohan, dalam pusingan awal.

"Tahun lalu adalah tahun Olimpik, bagi saya turun naik, ada yang bermain baik dan tidak. Bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada UM kerana menghargai kami," kata Vivian.

Atlet lompat tinggi, Nauraj Singh Randhawa, dan ratu terjun negara, Pandelela Rinong, dinobat selaku olahragawan dan olahragawati berdasarkan aksi mantap mereka di Rio, tahun lalu.

Turut berlangsung adalah memorandum persefahaman (MoU) buat kali kedua di antara UM dan Felcra FC di mana pengerusinya, Datuk Hazian Murad, mengharapkan kerjasama yang terjalin mampu membantu kelab itu meraih pencapaian cemerlang untuk layak ke Liga Perdana musim depan.

"Baru-baru ini, kami ada buat kem jati diri bagi membina semula semangat dan keyakinan pemain pasukan Fecra FC," katanya.

"Kami menggunakan tenaga pengajar daripada UM untuk memberikan keyakinan kepada pemain-pemain."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen

Baca Selanjutnya

Tekanan adalah perkara biasa -- Joo Ven

By 30 Mac 2017. 2.55 PM