Masters Thailand: Peng Soon, Liu Ying tepati ramalan ke final

Oleh Staff Writer 12 Januari 2019 2197
Masters Thailand: Peng Soon, Liu Ying tepati ramalan ke final
Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, membuka diari 2019 dengan aksi meyakinkan apabila mara ke pentas final Kejohanan Badminton Masters Thailand hari ini setelah menundukkan wakil Hong Kong dalam straight set.

Turun selaku pilihan nombor satu kejohanan, Peng Soon dan Liu Ying berdepan cabaran Tan Chun Man-Ng Tsz Zau yang merupakan pilihan kelapan.

Aksi set pertama menampilkan penguasaan gelanggang daripada wakil negara yang menyerang dan bertahan dengan baik sehingga mencatat kemenangan 21-16 walaupun dilihat hilang sedikit fokus apabila lawan menjadikan Liu Ying sebagai sasaran serangan untuk memungut mata.

Tidak banyak peningkatan ditampilkan pasangan Hong Kong itu dalam set kedua dan ia jelas memudahkan Peng Soon dan Liu Ying untuk mendominasi permainan serta menang 21-15 dalam masa 35 minit untuk mengesahkan slot ke final.

Menanti Peng Soon-Liu Ying di pentas akhir adalah pemenang pertemuan pasangan tuan rumah, Puttita Supajirakul-Sapsiree Taerattanachai, yang berdepan pasangan Russia, Ekaterina Bolotova-Alina Davletova.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen