Perak mahu meneruskan legasi badmintonnya dengan melantik bekas pemain negara, Mohd Fairuzizuan Tazari, sebagai salah seorang tenaga pengajar di Persatuan Badminton Perak (PBA).

"Memang saya bercadang untuk balik ke Perak dan apabila PBA pelawa datang ke sini, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.

"Saya ambil peluang ini untuk terus berjuang dalam sukan badminton. Lagipun, banyak lagi yang saya perlu pelajari untuk menjadi jurulatih yang baik," ujarnya.

"Perak adalah negeri pertama yang saya sahut cabaran sebab sebelum ini saya bersama BAM melatih pemain dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)."

Bagi Setiausaha Kehormat PBA, Mohd Zambri Bahari, pelantikan Fairuzizuan bersesuaian dengan objektif persatuan iaitu untuk meningkatkan standard pembangunan badminton di Perak agar ia lebih sistematik dengan mengikuti spefikasi latihan.

Sepanjang penglibatannya dalam arena badminton profesional, Fairuzizuan bersama pasangannya, Mohd Zakry Abdul Latif, pernah tujuh kali melangkah ke perlawanan akhir dengan menjulang empat gelaran dalam Siri Super Terbuka Singapura dan Indonesia pada 2008 manakala pada tahun 2010 dan 2012 di Terbuka India dan Chinese Taipei.