Misi mempertahankan pingat emas Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) edisi lalu kian hampir buat beregu badminton lelaki Universiti Malaysia (UM) selepas menundukkan pemain pilihan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam aksi separuh akhir di Bangi, hari ini.

Chua Khek Wei-Mohamad Razlan Shah Mohd Ridzuan mengetepikan beregu UiTM, Mohd Chairil Anuar-Zulfaiz Zulkifli, 21-17, 21-17.

UM yang konsisten meraih pingat emas bagi acara berkenaan edisi lalu semestinya enggan kejuaraan itu terlepas ke tangan orang lain meskipun berdepan lawan berbeza.

Aksi yang agak sengit dipersembahkan, namun keserasian lemah Chairil-Zulfaiz dalam gelanggang diambil kesempatan oleh pasangan UM itu untuk mengawal perlawanan.


Ikuti perkembangan selanjutnya dalam Nadi Arena.