Sukar cari pengganti Jin Wei -- Yoke Meng

Oleh Staff Writer 22 Oktober 2019 937
Sukar cari pengganti Jin Wei -- Yoke Meng
Kegagalan skuad badminton remaja negara untuk menuruti jejak Goh Jin Wei dalam mencabar Kejohanan Remaja Dunia di Kazan, Russia yang berakhir 13 Oktober lalu membuktikan betapa istimewanya bakat perseorangan wanita negara itu.

Jin Wei merupakan satu-satunya pemain perseorangan negara yang meraih kejuaraan dua kali dalam Kejohanan Remaja Dunia iaitu pada 2015 dan 2018.

Skuad yang dipertaruhkan dalam kempen di Kazan pula tidak berhasil untuk mencabar sebarang kejuaraan.

Perkembangan itu membuktikan betapa sukarnya membentuk bakat semula jadi untuk menjadi jaguh di peringkat bawah umur.

"Dia mempunyai perkembangan fizikal dan asas yang kukuh.

"Kekuatan dan ketahanannya juga amat bagus.

"Selain itu, dia mempunyai pengalaman dan kepintaran di dalam gelanggang.

"Dia tidak terlalu tinggi tetapi dia dapat memastikan lawannya tidak dapat mengambil kesempatan di atas kekurangannya itu," kata ketua jurulatih skuad remaja negara, Kwan Yoke Meng, mengenai bakat yang dimiliki Jin Wei.  

Jin Wei ketika ini sedang menjalani proses pemulihan jangka panjang selepas menjalani pembedahan susulan masalah usus yang mengganggu kesihatan dan prestasinya di dalam gelanggang.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen