Sukan Asia: Zii Jia mahu beraksi acara individu

Oleh Staff Writer 11 Jun 2018 2030
Sukan Asia: Zii Jia mahu beraksi acara individu
Pemain perseorangan badminton meningkat naik, Lee Zii Jia, tidak hanya mahu ke Sukan Asia Indonesia 2018 sebagai pelengkap acara berpasukan tetapi sebagai perseorangan yang turut beraksi dalam acara individu.

Zii Jia adalah antara perseorangan dalam senarai awal ke Sukan Asia 2018 di samping Datuk Lee Chong Wei dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Atas dasar itu, dia perlu mencari kelebihan berbanding Iskandar menerusi dua kejohanan di Asia Tenggara, bulan depan.

"Sasaran saya bukan untuk acara berpasukan. Sasaran saya adalah untuk individu. Kita pun tahu saya dan Iskandar begitu hampir. Kita tengok nanti siapa yang mendapat tempat itu (Sukan Asia.

"Kejohanan di Thailand dan Singapura ini penting untuk saya dan Iskandar. Jadi, kami perlu mencuba yang terbaik untuk mengetahui siapa yang boleh mengambil tempat itu," kata Zii Jia.

Sebelum ke Thailand dan Singapura, Zii Jia terpaksa mengimbangi latihan dalam gelanggang dan proses pemulihan.

Dia difahamkan mengalami kecederaan pada bahagaian buku lali kanan.

"Selepas pulang daripada Piala Thomas, saya ada mengalami kecederaan sedikit. 

"Saya sudah buat rawatan dan sekarang dalam proses pemulihan. Saya berharap saya dapat sembuh sebelum Julai ini," katanya lagi.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen