Legenda badminton negara, Datuk James Selvaraj, yakin pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei, akan kembali ke gelanggang, sekali gus menamatkan spekulasi dia akan bersara ekoran kanser hidung.

Sidang media akan diadakan Chong Wei bagi menjawab persoalan mengenai statusnya dalam kem kebangsaan, esok.

Persoalannya, adakah dia akan kembali ke gelanggang atau bersara selepas menghidap kanser hidung?

Chong Wei tidak menyertai sebarang kejohanan selepas Terbuka Indonesia, Julai lalu.

Keadaan itu menyaksikan dia kini jatuh ke ranking kelapan dunia.

Peminat perlu menerima apa jua keputusan Chong Wei kerana keutamaannya kini adalah untuk merawat penyakitnya.

"Hanya dia dapat memutuskan sama ada mahu bersara atau tidak.

"Dia hanya perlu kembali ke gelanggang jika dia benar-benar sihat.

"Bagi saya, apa yang penting adalah kesihatannya yang perlu diberikan keutamaan.

"Saya bersetuju andai dia mahu mengumumkan keputusannya itu esok," kata Selvaraj.