Wakil tunggal perseorangan lelaki Malaysia ke Seluruh England, Liew Daren, membangkitkan kegusaran apabila pemain profesional itu masih belum memulakan latihan dalam gelanggang sejak menarik diri daripada aksi separuh akhir Masters Malaysia, 19 Januari lalu.

Undian di Birmingham, England menyaksikan dia berada dalam kelompok membabitkan juara bertahan, Shi Yuqi serta dua lagi bekas juara dari kem China, Lin Dan dan Chen Long.

"Saya berpuas hati dengan undian. Tetapi saya berharap dapat menyertai kejohanan tanpa sebarang kecederaan. Buat masa ini, saya tidak menjalani latihan di gelanggang tetapi masih lagi mengekalkan tahap kecergasan dalam gimnasium," katanya.

Jika Daren menarik diri pada saat-saat akhir, maka tempatnya berkemungkinan besar digantikan oleh Lee Zii Jia dengan status sebagai pemain simpanan kedua.

Ini selepas pemain simpanan pertama, Rajiv Ouseph sudahpun berada dalam pusingan utama.