Selepas Kian Meng, giliran Pei Jing diuji

Oleh Staff Writer 19 Oktober 2018 4185
Selepas Kian Meng, giliran Pei Jing diuji
Di sebalik krisis prestasi melibatkan gandingan beregu campuran kebangsaan, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing terus diuji hebat apabila Pei Jing pula terpaksa merelakan pemergian bapanya.

Kian Meng terpaksa menerima hakikat bahawa dia kehilangan abangnya, Tan Jiun Yong, akibat kanser perut, Jun lalu.

Selasa lalu, kem badminton negara sekali lagi dikejutkan dengan perkhabaran sedih apabila bapa Pei Jing, mendiang Lai Kong, meninggal dunia.

Dua pemergian ahli keluarga dalam masa terdekat sudah memadai untuk Kian Meng menegaskan tahun 2018 amat menguji mental buat mereka di dalam dan di luar gelanggang.

"Saya rasa kebelakangan ini memang satu tempoh yang sukar kerana banyak masalah melibatkan peribadi tetapi kami dapat menemui semula sentuhan dalam kejohanan.

"Walaupun sukar, kami dapat bertahan," kata Kian Meng.

Bagaimanapun, Kian Meng menegaskan hanya ada kebangkitan buat mereka selepas berdepan cabaran besar dalam kehidupan.

Ia mampu menjadi antara motivasi terbaik dalam memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Setiap pemain tidak akan sentiasa berada di puncak. Pasti akan ada penurunan untuk mereka bangkit.

"Saya rasa tahun ini agak menurun tetapi ia bagus untuk saya terus bangkit tahun depan dan mendapatkan semula keyakinan."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen