Menerusi perkongsian hati ke hati, perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, mendedahkan bahawa dia mengalami ketagihan merokok sambil menegaskan keperluan menjalani program rehabilitasi.

Malah, dia juga bersedia dengan apa jua bentuk hukuman daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

"Saya tidak boleh bercakap banyak tetapi saya telah memberitahu kepada BAM dan saya menerima setiap tindakan disiplin yang telah ditetapkan," katanya.

Iskandar didapati bersalah melanggar peruntukan disiplin itu sewaktu kempen Piala Thomas 2018 negara.

Di bawah kod tatatertib BAM yang menggariskan dasar tiada tolenrasi terhadap berjudi dan merokok, Iskandar boleh dikenakan hukuman berbentuk denda sehingga penggantungan.

"Antara hukuman yang bakal dikenakan adalah amaran, penggantungan atau dibuang daripada BAM," kata Pengurus Besar BAM, Michelle Chai.

"Buat masa ini, saya akan menjalani proses rehabilitasi dan berharap melalui proses pemulihan ini," kata Iskandar.