Russia tidak mahu beri laluan mudah

Oleh Staff Writer 20 Mei 2018 4179
Russia tidak mahu beri laluan mudah
Skuad Russia enggan berpeluk tubuh dan menunggu menjadi mangsa tatkala Denmark dan Malaysia berentap untuk merebut status sebagai juara Kumpulan D, saingan Piala Thomas 2018. 

Russia merupakan pencabar pertama Malaysia dalam aksi peringkat kumpulan dan kini mereka memasang hajat untuk cuba melakar kejutan.

Hasrat itu sudah pasti bergantung harap kepada gandingan beregu yang menjuarai saingan Seluruh England 2016, Vladimir Ivanov dan Ivan Sozonov.

Mereka memiliki keupayaan untuk merekodkan kemenangan yang tidak diduga walaupun terpaksa berdepan lawan seperti Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.

Ivanov, yang terbuka untuk berbicara mengenai harapan Russia di Bangkok ini, turut berseloroh apabila mengatakan kemungkinan dia akan menjadi penentu mutlak bagi memisahkan pemenang di antara Russia dan Malaysia.

"Saya rasa Malaysia memiliki kelompok pemain terbaik bertaraf dunia. Mereka juga mempunyai pemain muda yang ramai. Sukar untuk berbicara soal menang atau kalah. 

"Kami memiliki peluang cerah menerusi acara beregu. Ia mampu dilakukan jika memenangi dua acara beregu dan satu perseorangan," kata Ivanov.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen