Projek 24: Kekuatan mental jadi asas Choong Hann

Oleh Staff Writer 12 September 2019 307
Projek 24: Kekuatan mental jadi asas Choong Hann
Segala elemen, termasuk bakat dan infrastruktur, sudah tersedia untuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjayakan program Projek 24 yang menjanjikan pingat emas dalam Sukan Olimpik Paris 2024.

Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM semalam mengilhamkan Projek 24 sebagai perancangan bagi kitaran pasca Olimpik 2020 sehingga edisi berikutnya pada 2024.

Jika diluluskan ahli majlis BAM, program itu akan menyaksikan penstrukturan semula barisan kejurulatihan.

Program kebangsaan akan dibahagikan kepada tiga skuad, iaitu lelaki yang diketuai Datuk Misbun Sidek, wanita di bawah Datuk Tey Seu Bock serta beregu campuran yang dikendalikan Chin Ee Hui sementara Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, akan memainkan peranan sebagai ketua menyelia perkembangan projek tersebut.

"Semua elemen ada di sini. Kami cuma mahu mengubah cara pemikiran. Kekuatan mental itu perlu digilap," kata Choong Hann.

Bagaimanapun, dia menegaskan di sebalik kemudahan yang tersedia, setiap jurulatih dan pemain perlu percaya kepada objektif Projek 24.

"Sudah tentu tidak cukup jika hanya saya mengusahakannya. Seluruh pasukan juga perlu percaya dengan usaha ini. Setiap usaha bukan hanya melibatkan sehari, jadi saya percaya misi ini perlu dilakukan setiap hari."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen