Piala Thomas: Malaysia terkandas dalam suku akhir

Oleh Staff Writer 25 Mei 2018 13923
Piala Thomas: Malaysia terkandas dalam suku akhir
MALAYSIA 1 INDONESIA 3

Hasrat Malaysia untuk mara ke separuh akhir Piala Thomas lebur apabila tewas 3-1 kepada Indonesia di Impact Arena, Bangkok sebentar tadi.


Datuk Lee Chong Wei memberikan mata pertama buat Malaysia menerusi kemenangan straight set 21-19, 21-16 ke atas Anthony Sinisuka Ginting.

Gandingan beregu pertama Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan hasil kemenangan 21-19, 20-22, 21-13 ke atas Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

Jonatan Christie menyukarkan lagi peluang buat Malaysia apabila menyingkirkan Lee Zii Jia 21-15, 11-21, 21-13, sekali gus mendahului 2-1.

Selepas tewas 21-10 dalam set pertama, beregu kedua negara, Teo Ee Yi-Aaron Chia mempamerkan kebangkitan dalam set kedua bagi menghidupkan peluang Malaysia.

Bagaimanapun, lawan mereka, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto memastikan kemenangan dalam set penentuan 21-9 untuk membawa Indonesia mara ke separuh akhir berdepan China.

 
KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA THOMAS
China 3 Taiwan 0
Indonesia 3 Malaysia 1
Jepun 3 Perancis 1
Denmark 3 Korea S 0

Jadual Separuh Akhir (Hari Ini): 
China lwn Indonesia
Jepun lwn Denmark

 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen