Piala Thomas 2018: Jorgensen mahu pertahan kejuaraan

Oleh Staff Writer 23 Mei 2018 3475
Piala Thomas 2018: Jorgensen mahu pertahan kejuaraan
Kegagalan melayakkan diri ke Kejohanan Dunia  musim ini menyaksikan bintang Denmark, Jan O Jorgensen, terdesak untuk mempertahankan kejuaraan Piala Thomas.

Dia berada di kemuncak kerjaya apabila berada di ranking kedua dunia, namun kecederaan tumit yang serius dialami pada 2017 memaksa Jorgensen untuk meluangkan masa di luar gelanggang.

Kini, pemain berusia 30 tahun itu berada di ranking ke-55 dunia dan memainkan peranan sebagai perseorangan ketiga Denmark, sekali gus menjadi aset penting jika mengambil kira pengalaman yang dimilikinya.

"Ini adalah kejohanan besar buat saya selepas tidak menyertai Kejohanan Dunia, sekali gus menjadi pentas besar buat saya. 

"Ia juga sangat bernilai buat pasukan," kata Jorgensen.

Dalam masa sama, Jorgensen yang memiliki kelantangan ketika berbicara tetap menghormati barisan perseorangan Malaysia.

Dia turut memberi pandangan apabila membicarakan kredebiliti yang dimiliki Lee Zii Jia dan kemungkinan lawannya dalam pertembungan penentuan juara Kumpulan D pada malam ini, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

"Saya rasa mereka kini lebih kuat berbanding sebelum ini. Zii Jia dan Iskandar beraksi dengan baik dalam aksi sebelum ini. 

"Kami bakal berdepan saingan yang sengit," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen