JEPUN 3 INDONESIA 1

Jepun kekal di landasan tepat untuk memburu kejuaraan sulung Piala Sudirman setelah menidakkan cabaran Indonesia 3-1 dalam aksi separuh akhir di Nanning, China, hari ini.


Bagaimanapun, Negara Matahari Terbit itu berdepan cabaran sengit daripada finalis tujuh kali, Indonesia.

Beregu lelaki Indonesia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, mengejutkan Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dengan keputusan straight set 21-14, 21-18.

Namun, bekas perseorangan wanita nombor satu dunia, Akane Yamaguchi, jelas berada dalam kelas tersendiri apabila mudah menoktahkan cabaran Gregoria Mariska Tunjung 21-13, 21-13 dalam masa 33 minit untuk menyamakan kedudukan.

Pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Kento Momota, yang menewaskan Lee Zii Jia dalam separuh akhir semalam, seterusnya menepati reputasinya dengan menewaskan Anthony Ginting 21-17, 21-19.

Beregu wanita Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara, melengkapkan kemenangan 3-1 pasukannya menerusi kemenangan 21-15, 21-17 ke atas Greysia Poli-Apriyani Rahayu untuk ke final.

KEPUTUSAN LAIN:
CHINA 3 THAILAND 0


*kredit foto: EPA