Kem badminton Jepun tesenyum lebar setelah misi mereka untuk menggenggam Piala Sudirman 2019 semakin hampir dengan kini hanya tinggal dua lagi cabaran untuk merealisasikan impian itu.

Jepun menurunkan barisan terbaik mereka menghadapi Malaysia, dimulai pasangan nombor tiga dunia, Keigo Sonoda-Takeshi Kamura, seterusnya Nozomi Okuhara, perseorangan wanita nombor dua dunia, serta perseorangan nombor satu dunia, Kento Momota.

Kemenangan mutlak 3-0 ke atas Malaysia juga sebagai satu amaran kepada pencabar lain bahawa Jepun sudah bersedia untuk menggenggam Piala Sudirman buat kali pertama sejak diperkenalkan pada 1989.

Jepun sebelum ini pernah mencipta kejutan pada 2014 untuk menjulang Piala Thomas buat kali pertama.

"Beregu lelaki negara menghadapi saingan sangat sengit dalam perlawanan pertama sebelum menang dan ia menjadi semangat untuk saya ketika berdepan Soniia," kata Okuhara.

Menanti Jepun selepas ini ialah Indonesia yang sebelum itu menumpaskan Taiwan dalam satu lagi aksi suku akhir dengan keputusan 3-2.

"Ini merupakan peluang terbaik kami dan skuad Jepun berada dalam prestasi yang cemerlang untuk menjuarai Piala Sudirman buat kali pertama."