Persiapan Momota hadapi Olimpik terjejas

Oleh Staff Writer 14 Januari 2020 1467
Persiapan Momota hadapi Olimpik terjejas
Kecederaan yang dialami jaguh perseorangan lelaki Jepun, Kento Momota, susulan kemalangan jalan raya semalam mungkin menjejaskan persiapan pemain itu yang memburu impian dikalungkan pingat emas dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Momota menerima kunjungan penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, di Hospital Putrajaya, hari ini.

Pemain nombor satu dunia itu sepatutnya dibenarkan keluar hari ini, namun pihak hospital masih giat menjalankan pemantauan keadaannya memandangkan dia terpaksa berehat sekurang-kurangnya enam minggu.

Situasi itu bermakna dia tidak dapat menyertai kem Jepun dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Filipina, bulan depan yang bakal menjadi medan kelayakan ke saingan Piala Thomas selain terlepas beberapa kejohanan antarabangsa.

Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan kedudukan pemain itu untuk menempah slot Olimpik Tokyo apabila tampak selesa memimpin ranking kelayakan.

"Alhamdulillah dia stabil dan doktor memberitahu kecederaannya boleh diatasi. Bengkak di bahagian mukanya juga akan baik. Tiga lagi mangsa juga saya telah temui. Mereka mengalami kecederaan kaki serta patah tulang tetapi stabil," kata Dr. Wan Azizah lagi.



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen