Beregu campuran emas negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, mencipta sejarah menjadi gandingan pertama Malaysia mara ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia.

Kekecewaan dalam Terbuka Malaysia pada minggu lalu menjadi pembakar semangat buat Peng Soon-Liu Ying untuk bangkit di laman seteru badminton negara.

Aksi suku akhir semalam menyaksikan mereka menyingkirkan beregu nombor satu dunia, Huang Dongping-Wang Yilyu, menerusi keputusan straight set.

Seterusnya, mereka akan mencongak perhitungan dengan satu lagi gandingan China, Zheng Siwei-Huang Yaqiong, hari ini.

Aksi hampir sempurna ditampilkan Peng Soon-Liu Ying, termasuk membuat lawan tersentak apabila memenangi set pertama 21-18.

Set kedua diteruskan dengan kawalan lebih kemas buat gandingan Malaysia itu dan dimutlakkan dengan kemenangan 21-16.

Untuk rekod, Malaysia sudah memenangi tiga kategori dalam kejohanan ini kecuali perseorangan wanita dan beregu campuran.

Begitupun, Peng Soon-Liu Ying berdepan cabaran sukar dalam final untuk bertemu juara bertahan, lawan mereka dalam final Sukan Olimpik Rio 2016 dan kebanggaan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir.