Pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon, sedang memburu ruang menamatkan kemarau kejuaraan bertaraf perdana bersama pasangannya, Goh Liu Ying.

Peluang itu akan tiba buat mereka apabila menyertai Terbuka Denmark dan Perancis yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini.

Peng Soon, yang berazam untuk kembali menjuarai gelaran, mahu mengutip mata meningkatkan bagi kedudukannya bersama Liu Ying dalam ranking dunia.

"Saya menyasarkan ranking keenam dunia di samping memastikan mara ke separuh akhir dalam kejohanan yang disertai selepas ini," kata Peng Soon.

Sementara itu, perkembangan terkini pemain perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei, disifatkan sebagai positif meskipun tidak dibenarkan pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat.

Senario itu, bagaimanapun, bermakna Chong Wei berkemungkinan besar perlu melupakan sebarang kemahuan untuk kembali ke gelanggang pada tahun ini.

"Keadaannya adalah positif dan Chong Wei mengutamakan rehat. Kesan sampingan daripada rawatan menyebabkan Chong Wei tidak selesa dan perlu berehat sebelum pulang ke Malaysia," kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.