Pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon, menganggap pengguguran pemain muda negara daripada Program Podium hanya memberi kerugian kepada perkembangan sukan badminton negara pada masa depan.

Keadaan semasa mungkin tidak menyebelahi kem badminton negara ketika ini.

Pengguguran yang dicadangkan sebaik kempen Sukan Asia 2018 berakhir hanya akan membawa kerugian kepada negara.

Justeru, kini terpulang kepada gandingan Tan Kian Meng-Lai pei Jing sama ada akan terus terperosok atau mereka menerima keputusan ini sebagai motivasi untuk kembali bangkit.

Bagi Peng Soon, kedua-dua pemain itu umpama aset negara yang belum digilap sepenuhnya dengan meletakkan sasaran dalam tempoh dua tahun lagi sebagai masa terbaik untuk mereka menyinar.

"Kalau boleh, kami berasakan memang patut teruskan.

"Sukan Asia 2018 sudah pun berlalu, sasaran kami ketika ini adalah Sukan Olimpim 2020.

"Kami berharap boleh meraih pencapaian yang lebih baik," kata Peng Soon.

Dalam masa yang sama, jika ada perubahan daripada segi gandingan, Peng Soon mengharapkan ia tidak melibatkan gandingannya bersama Goh Liu Ying yang berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Selain itu, Goh Soon Huat-Shevon Lai masih dalam kondisi terbaik dalam pencarian mata ke Sukan Olimpik yang bermula Mei tahun hadapan.

"Tidak perlu pasangan beregu memandang Sukan Olimpik akan berlangsung lagi dua tahun.

"Apatah lagi pungutan mata kelayakan Sukan Olimpik sudah pun bermula tahun depan.

"Kalau dirombak, ia tidak membawa kebaikan untuk semua pihak," katanya lagi.