Pemain veteran warnai Kejohanan Badminton Kejuaraan Kebangsaan Celom Axiata

Oleh Shaiful Shamsudin 21 Februari 2017
Pemain veteran warnai Kejohanan Badminton Kejuaraan Kebangsaan Celom Axiata

Kejohanan Badminton Kebangsaan Celom Axiata di Dewan Seri Perdana, Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu, Kinta Perak, dimeriahkan dengan kehadiran pemain-pemain ternama negara.

Mereka termasuk pemain veteran, Yogendran Krishnan, 35, yang mewakili Selangor dalam acara perseorangan lelaki.


210217 Yogendran Krishnan 2

Ketika ditanya mengenai pembabitannya, Yogendran berkata, "Saya cintakan sukan badminton, selagi ada kudrat saya akan terus bermain.

"Saya masih lagi aktif bermain di peringkat antarabangsa dalam acara beregu campuran bersama pemain wanita dari India, Prajkta Sawan, namun sebab lama tidak bermain dalam acara perseorangan, saya tidak ada mata kedudukan. 

"Maka, saya kena melalui peringkat saringan," ujar pemain berkedudukan ranking ke-46 dunia itu dalam acara beregu campuran.

Sebentar tadi, dalam percaturan saringan ketiga, Yogendran menewaskan pemain muda Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Lim Chong King, 29-27, 21-16 untuk layak ke undian utama esok.

"Pemain muda sekarang menunjukkan peningkatan, cuma kurang pendedahan dan keyakinan. 

"Saya nasihatkan mereka supaya lupakan status lawan ketika beraksi. Main seperti biasa. Saya yakin mereka mampu terus maju," ujarnya lagi.

Yogendran adalah pemain negara seangkatan dengan Datuk Lee Chong Wei dan Mohd Hafiz Hashim, dan dia kini bertugas sebagai jurulatih di Akademi Badminton New Vision dan Petaling Jaya BC.

Hafiz akan turun dalam acara beregu esok.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin
Tawaran Menarik

Komen

Baca Selanjutnya

Sengketa Chong Wei-Frost ibarat kanser

By Ammar Hakim 18 Februari 2017. 11.51 AM