Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan ada kes disiplin yang mengaitkan insiden merokok membabitkan pemain skuad Piala Thomas 2018.

BAM sebelum ini sudah menegaskan dasar tiada kompromi dalam isu disiplin seperti berjudi dan merokok.

Difahamkan, pemain Piala Thomas 2018 yang terbabit dalam insiden itu adalah pemain beregu lelaki yang baru digugurkan, Mohamad Arif Abdul Latif, dan perseorangan lelaki, Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

"Ya, kami sudah menerima laporan bahawa terdapat pemain-pemain yang merokok ketika menghadapi saingan Piala Thomas," kata Pengurus Besar BAM, Michelle Chai.

"Kami telah berbincang dengan pemain berkenaan dan tindakan disiplin akan dikenakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan," ujarnya.