Misbun sedih dalam gembira terhadap persaraan Chong Wei

Oleh Staff Writer 14 Jun 2019 9457
Misbun sedih dalam gembira terhadap persaraan Chong Wei
Ketua jurulatih skuad perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, terkesan dengan persaraan Datuk Lee Chong Wei dalam dia berbangga dengan semangat juang anak didiknya itu mengatasi kanser hidung.

Peminat sukan negara sudah pasti meratapi persaraan Chong Wei sambil meraikan kerjayanya yang menghampiri dua dekad itu.

Turut tidak terkecuali ialah individu paling rapat dan mentornya, Misbun.

"Ia dua perasaan yang berbeza.

"Yang pertama, saya berasa sedih dengan persaraannya selepas dia telah beraksi buat Malaysia dalam tempoh yang panjang selama ini.

"Kita dapat lihat pahit-maungnya untuk bergelar pemain terhebat, iaitu pemain nombor satu dunia.

"Itu merupakan sebahagian daripada cita-cita saya juga.

"Selepas dia bersara, saya berasa sedih dan terharu.

"Tetapi saya berasa gembira melihat dia berjaya mengatasi penyakit kanser yang sangat berbahaya.

"Buat masa sekarang, kesihatannya juga sudah beransur pulih dan hampir seperti biasa.

"Itulah perasaan yang saya ada," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen