Misbun kagum dengan persembahan Jia Wei

Oleh Staff Writer 25 April 2018 4478
Misbun kagum dengan persembahan Jia Wei
Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, tidak terkejut, sebaliknya kagum dengan kemampuan Tan Jia Wei untuk mara ke final Cabaran Antarabangsa Malaysia, minggu lalu.

Nama Jia Wei sentiasa berada dalam bayangan prospek masa depan pemain lain seperti Lee Zii Jia dan Leong Jun Hao di sebalik hakikat dia pernah memenangi Terbuka Poland musim lalu sebagai pemain daripada peringkat kelayakan.

Mungkin juga ia disebabkan kegagalan untuk meneruskan momentum daripada menjuarai kejohanan itu sehinggalah ke final di Bukit Kiara, Ahad lalu.

Jia Wei tewas di tangan perseorangan Taiwan, Hsueh Hsuan-yi (21-10, 22-24, 21-14) dalam pertembungan yang disifatkan boleh dimenanginya.

"Jia Wei seorang pemain yang berpotensi tinggi dan dia pernah memenangi kejohanan di Poland dan beraksi dalam final  Cabaran Antarabangsa Malaysia. Iia menunjukkan dia memerlukan perhatian yang lebih lagi dan terdapat ruang untuk digilap," kata Misbun.

"Jika dia bersungguh-sungguh dalam sesi latihan yang telah ditetapkan, dia mampu pergi lebih jauh."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen