Tan Kian Meng-Lai Pei Jing gagal mara ke final Kejohanan Badminton Masters Thailand apabila kalah dalam tiga set kepada lawan dari Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Widjaja, sebentar tadi.

Dalam perlawanan beregu campuran yang sengit itu, Kian Meng-Pei Jing tewas 19-21 dalam set awal kepada lawan itu yang juga merupakan pilihan keempat kejohanan.

Namun, Kian Meng-Pei Jing memperkemaskan permainan untuk memenangi set kedua dengan keputusan 23-21.

Beregu Malaysia itu ketinggalan 6-12 dalam set penentuan sebelum bangkit untuk menyamakan kedudukan 16-16.

Bagaimanapun, Kian Meng-Pei Jing gagal meneruskan momentum itu, sebaliknya membiarkan lawan untuk mendominasi permainan, seterusnya memenangi perlawanan dengan keputusan 21-17 selepas bertarung selama 70 minit.



Editor: Shaiful Shamsudin