Iskandar Zulkarnain Zainuddin tidak berhadapan masalah untuk melepasi halangan pertama pusingan kelayakan Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas mengetepikan cabaran pemain Perancis, Lucas Corvee, 21-6, 18-21 21-17, pagi tadi.

Perseorangan lelaki perlu mengharungi dua sesi kelayakan hari ini dan Iskandar seterusnya akan berdepan Shesar Hiren Rhustavito, sebentar lagi.

Dalam aksi di Arena Axiata, Bukit Jalil itu, seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara, Soong Joo Ven, meneruskan perjuangan selepas lawannya dari Singapura, Fikri Insandi Hadmadi, terpaksa menarik diri dalam set kedua akibat kecederaan.

Joo Ven mengekalkan rentak kemenangannya dengan membenam Sony Dwi Kuncoro 21-19, 21-10 dan seterusnya layak ke aksi utama esok.


Keputusan lain:

Perseorangan wanita

Lim Yin Fun mns Yulia Yosephin Susanto 21-19, 21-17

Ho Yen Mei mn Delphine Lansac 21-17, 8-21, 21-18

Beregu wanita

Goh Yea Ching- Teoh Mei Xing mn Cynthia Shara Ayunidha-Ganis Nur Rahmadani 21-7, 15-6 (tarik diri)

Perseorangan lelaki

Lim Chi Wing kk Thomas Rouxel 22-20, 21-13

Beregu lelaki:

Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Shia Chun Kang- Tan Wee Gieen 17-21, 21-15, 21-19