Masters Indonesia: Aaron, Wooi Yik gagal balas dendam

Oleh Staff Writer 18 Januari 2020 2102
Masters Indonesia: Aaron, Wooi Yik gagal balas dendam
Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, untuk mara ke final Masters Indonesia lebur selepas tewas di tangan wakil tuan rumah,  Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, dalam aksi separuh akhir di Stadium Istora Senayan, Jakarta hari ini.

Aaron dan Wooi Yik turun dengan misi membalas dendam selepas tewas di tangan lawan sama dalam pusingan kedua Kejohanan Masters Malaysia, 9 Januari lalu.

Namun, ternyata Marcus dan Kevin bukan tandingan buat gandingan Malaysia itu apabila membuktikan keunggulan dalam set pertama untuk menang 21-19.

Biarpun Aaron dan Wooi Yik mengikat kedudukan 19-19 dalam set kedua, jelas wakil tuan rumah itu tidak berdepan masalah untuk menoktahkan kemenangan 21-19, sekali gus mengesahkan tiket ke final dalam tempoh 33 minit.

Sementara itu, wakil beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, turut tersingkir dalam separuh akhir susulan kekalahan 21-15, 21-15 di tangan gandingan nombor satu dunia, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Kekalahan di tangan jaguh China itu menyaksikan Kian Meng-Pei Jing terus gagal mencatat kemenangan ke atas lawan itu selepas turut tewas dalam empat pertemuan sebelum ini.



Editor: Nafis Abdullah

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen