Kejohanan Universiti Dunia 2018: Saingan individu medan tebus kecewa 

Oleh Staff Writer 18 Oktober 2018 1010
Kejohanan Universiti Dunia 2018: Saingan individu medan tebus kecewa 
Kecewa dalam saingan berpasukan campuran, skuad Kejohanan Badminton Universiti Dunia 2018 negara menyasarkan kebangkitan dalam acara individu bagi merealiasikan sasaran satu pingat emas.

Malaysia beraksi sebagai tuan rumah untuk menamatkan saingan peringkat kumpulan sebagai juara.

Bagaimanapun, mereka dihadiahkan realiti pahit apabila tersingkir di peringkat suku akhir kepada Thailand yang muncul juara.

Peluang paling cerah buat Malaysia untuk bangkit dalam saingan individu yang bermula esok menerusi acara beregu lelaki.

Taruhan terbaik adalah gandingan berstatus bekas kebangsaan, Low Juan Shen dan Azyrin Ayub.

"Setiap pemain sentiasa memberikan aksi terbaik dalam setiap permainan. 

"Saingan ini sengit, terdapat beberapa pemain yang pernah beraksi di peringkat antarabangsa.

"Walaupun berdepan sedikit tekanan, bermain di tempat sendiri menyuntik semangat kami," kata Juan Shen.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen