Indonesia kembali pandang Malaysia sebagai pencabar selepas dipaksa mengerah keringat untuk memastikan hatrik Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.

Jika tuah memihak Malaysia, pertembungan perseorangan dan beregu pertama di final boleh sahaja memihak skuad negara,

Di samping itu, semangat melawan perseorangan kedua Cheam June Wei ketika menewaskan Jonatan Christie pada kedudukan dia ketinggalan 17-20 set penentuan juga menarik perhatian mereka.

Berdasarkan kedudukan ranking individu wakil Indonesia, mereka dijangka merekodkan kemenanagn 3-0 sebelum turun ke gelanggang dengan skuad negara.

"June Wei bermain dengan baik dan tidak menyerah dalam perlawanan tersebut. Kesilapan yang saya lakukan amat merugikan dan kemenangan memihak June Wei," kata Jonatan menerusi temubual dengan wartawan Nadi Arena, Ahmed Shahrazad Sani.

Bagi pemain beregu Indonesia, Mohammad Ahsan, dia berkata, "Kami sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan kemenangan buat Indonesia, saya berasakan Malaysia telah bermain dengan cemerlang dan luar biasa sepanjang kejohanan."

Bagi Indonesia yang mempertaruhkan pasukan terbaik dalam kejohanan kali ini, misi sebenar adalah untuk kembali merampas Piala Thomas di Aarhus, Denmark, Mei ini.

"Kami berharap Indonesia kembali meraih kejayaan merangkul Piala Thomas tahun ini," kata pemain beregu Indonesia, Fajar Alfian.