Pemain perseoranga negara, Cheam June Wei, tidak berselindung di sebalik rasa terkesan skuad perseorangan lelaki yang bakal hilang pengaruh Datuk Misbun Sidek yang kini berkhidmat Pengarah Teknikal Skuad Remaja.

June Wei antara pemain yang banyak menikmati memanfaat sentuhan kepakaran Misbun sejak jurulatih itu kembali berkhidmat buat skuad kebangsaan sejak Julai 2017.

Pemain berusia 23 tahun itu berasakan, impak Misbun adalah individu yang mampu untuk melahirkan generasi baru perseorangan lelaki untuk meneruskan legasi ditinggalkan Datuk Lee Chong Wei.

Sungguhpun begitu pemain negara akan teruskan usaha memenuhi potensi di bawah Hendrawan dan seorang lagi jurulatih skuad negara, Indra Wijaya.

"Ia adalah satu kehilangan buat skuad senior negara, Misbun seorang jurulatih yang sangat bagus dan banyak mempertingkatkan persembahan kami, sama seperti jurulatih lain yang turut membantu memperbaiki kelemahan kami," kata June Wei.


Editor: Ammar Hakim