Jun Hao, Iskandar buat perhitungan dalam final

Oleh Staff Writer 18 November 2017
Jun Hao, Iskandar buat perhitungan dalam final
Selepas mencuri tumpuan dengan menyingkirkan pilihan utama kejohanan dari Jepun, Yu Igarashi, dalam pusingan kedua, Leong Jun Hao terus membuktikan mampu memberi saingan dalam penampilan pertamanya di peringkat senior apabila mara ke final Cabaran Antarabangsa Malaysia, sebentar tadi.

Beraksi di Stadium Perbadanan Pasir Gudang, Johor, pemain berusia 18 tahun itu menewaskan lawan di ranking lebih baik dari Indonesia, Abdul Kholik Firman, di peringkat separuh akhir walaupun rasa gugup menyaksikannya tewas 16-21 dalam set pertama.

Permainan kemas berjaya ditampilkan Jun Hao dalam set kedua, membolehkan pemain dari Kuala Lumpur itu bangkit dengan keputusan 21-19 dalam set kedua sebelum mengesahkan laluan ke final selepas mengungguli set penentuan 22-20.

Jun Hao bakal bertemu rakan senegara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, yang menundukkan wakil dari Vietnam, Nguyen Tien Minh, 21-17 dalam satu lagi aksi separuh akhir selepas itu.

Iskandar tewas dalam set pertama 14-21, namun mempamerkan persembahan lebih bertenaga dalam set kedua untuk mengikat kedudukan selepas menang 21-17.

Set ketiga tampak lebih sengit apabila Iskandar berjaya meletakkan diri di depan mengatasi Tien Minh 15-13, sebelum menamatkan perlawanan dengan keputusan 21-17, membolehkannya menempah tiket akhir bertemu Jun Hao.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen

Baca Selanjutnya

Cabaran Antarabangsa Malaysia: Iskandar juara

By Astro Arena 19 November 2017. 7.54 PM