Pemain perseorangan wanita negara, Tee Jing Yi dan Goh Jin Wei, tidak mempunyai masalah untuk melepasi pusingan kedua Grand Prix (GP) Emas Terbuka Thailand di Bangkok, hari ini.
Jing Yi, yang menewaskan Rusydina Antardayu Riodingin dari Indonesia dalam pusingan pertama, memerlukan 57 minit untuk melepasi halangan daripada pemain tuan rumah, Pornpawee Chochuwong, 10-21, 22-20, 21-15.
Menanti Jing Yi dalam perlawanan suku akhir esok ialah perseorangan Jepun, Aya Ohori.
Sementara itu, Jin Wei yang turut berhadapan dengan wakil tuan rumah, Porntip Buranaprasertsuk, tidak diberikan laluan mudah apabila dia diheret ke set ketiga sebelum menoktahkan kemenangan 21-16,16-21, 21-17 dalam tempoh 55 minit.
Dalam pada itu, pasangan beregu lelaki negara, Lim Khim Wah dan Ong Jian Guo, turut mara ke peringkat suku akhir selepas melepasi perlawanan yang cukup sengit berdepan pasangan Chinese Taipei, Lu Ching Yao dan Yang Po Han, 21-23, 21-17, 10-21.

Perseorangan lelaki negara, Chong Wei Feng, gagal untuk mara ke pusingan suku akhir selepas mudah ditewaskan oleh wakil Chinese Taipei, Hsu Jen Hao, 21-15, 21-10 dalam perlawanan yang hanya mengambil masa 39 minit.
Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing turut mara selepas menundukkan Riky Widianto dan Gloria Emanuelle Widjaja 21-19, 21-18.
Lain-lain keputusan:
Yogendran Khrishnan-Prajakta Sawant kk Chang Koo Chi-Hsin Tien Chang, 21-19, 21-13.
Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean mn Ririn Amelia-Anna Ching Yik Cheong, 21-12, 21-16.
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kk Takuto Inoue-Yuki Kaneko 21-17, 16-21, 21-19.
Lee Jian Yi-Lim Zheng Ting kk Berry Angriawan-Rian Agung Saputro 21-12, 21-16.
Lee Zhi Qing-Prajakta Sawant kk Miki Kashihara-Miyuki Kato, 21-10, 21-13.
Ho Yen Mei mn Yui Hashimoto 21-19, 14-21, 21-16.