Frost serah tugas kendali pemain perseorangan kepada Hendrawan

Oleh Staff Writer 26 Februari 2017 318
Frost serah tugas kendali pemain perseorangan kepada Hendrawan

Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, akan mengadakan perjumpaan dengan ketua jurulatih badminton negara, Hendrawan, esok bagi menyerahkan segala tanggungjawab menyelia enam pemain perseorangan diketuai pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Keenam-enam pemain itu adalah sebahagian daripada projek khas skuad badminton negara yang diumumkan BAM, minggu lalu.

Bagaimanapun, Frost masih lagi bertanggungjawab ke atas kesemua pemain lain yang berada di bawah naungan BAM.

"Saya tidak perlu menentukan tugas-tugas yang perlu dilakukan, saya akan serahkan tugas-tugas itu kepada Hendrawan.

"Pengurusan kes doping melibatkan Chong Wei  sebelum ini juga diuruskan oleh Hendrawan. Ini hanya soal praktikal, tidak lebih daripada itu," jelas Frost.

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen