Frost akui sedih, tekad terus berbakti untuk BAM

Oleh Staff Writer 17 Februari 2017
Frost akui sedih, tekad terus berbakti untuk BAM
Pengarah Teknikal, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost, menganggap pertemuannya dengan timbalan presiden badan itu, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, hari ini, memberi hasil positif.

Kedua-duanya bersetuju untuk melakukan penstrukturan semula barisan kejurulatihan pemain perseorangan selepas berlaku perselisihan di antara Frost dan Chong Wei.

Tetapi Frost enggan mengulas panjang mengenai rombakan itu, sebaliknya hanya memberi jaminan untuk terus memberikan komitmen terbaik buat BAM.

"Saya amat sedih kerana perkara ini berlaku tetapi kita perlu pandang ke hadapan," katanya. "Secara peribadi, saya menunaikan tugas saya sebaik mungkin setiap hari. Saya berasakan kami sedang bergerak ke hadapan. 

"Saya berada di sini dari jam 6 pagi dan hanya pulang pada jam 7 atau 8 malam. Saya akan lakukan yang termampu."

Semalam, Chong Wei memberi gambaran mahu keluar daripada BAM selepas mendakwa sukar bekerjasama dengan Frost.

Perang dingin di antara Chong Wei dengan Frost bermula selepas pemain itu mengalami kecederaan lutut ketika menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia, dua minggu lalu.

Chong Wei menyalahkan BAM kerana tidak menghiraukan aduannya sebelum itu mengenai permukaan gelanggang baru yang licin di akademi itu. 

Bagaimanapun, isu utama adalah kelantangan Chong Wei yang mempersoalkan kenyataan Frost yang menyentuh mengenai persaraannya kepada jurulatih perseorangan, Hendrawan.
 

Tentang Penulis

Staff Writer
Tawaran Menarik

Komen

Baca Selanjutnya

Usah gentar dengan China

By Public Anonymous User 17 Februari 2017. 11.37 AM