Choong Hann mahu pastikan program negara berjalan lancar

Oleh Staff Writer 10 November 2018 240
Choong Hann mahu pastikan program negara berjalan lancar
Pengarah kejurulatihan skuad badminton negara, Wong Choong Hann, tidak berselindung dengan tanggungjawab memastikan kelangsungan program negara berterusan tanpa mengharapkan kembalinya pemain perseorangan, Datuk Lee Chong Wei.

"Kami memberikan sokongan kepada Chong Wei yang mahu kembali beraksi dan kami akan berusaha untuk memastikan dirinya kembali ke tahap terbaik," kata Choong Hann.

Choong Hann, bagaimanapun, lebih mengetahui betapa penting untuk dirinya memberikan tumpuan kepada pembentukan skuad lebih seimbang.

Buat sekian lama, Malaysia terlalu mengharapkan Chong Wei untuk memburu gemilang.

Antara yang perlu dirancang Choong Hann adalah bagaimana untuk memastikan dua wakil daripada setiap lima acara layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

"Kami perlu meletakkan program yang spesifik buat setiap pemain kerana setiap individu memiliki kualiti yang berbeza," ujarnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen