Chong Wei perlu akur utamakan kesihatan

Oleh Staff Writer 10 November 2018 196
Chong Wei perlu akur utamakan kesihatan
Kepulangan Datuk Lee Chong Wei ke gelanggang kompetitif bergantung kepada tahap kesihatannya dalam tempoh enam bulan akan datang, diikuti penantian lima tahun untuk diiktiraf bebas sepenuhnya daripada kanser hidung yang dialaminya.

Chong Wei ketika sidang media khasnya kelmarin akur dengan keperluan untuk mengutamakan kesihatannya sebelum memulakan usaha untuk mengembalikan kecergasan fizikal sebagai pemain elit.

Ketika di Taiwan, Chong Wei berkongsi pengalaman menjalani Terapi Proton untuk mengatasi kanser hidungnya.

"Terapi Proton adalah rawatan radioterapi yang tidak digunakan di Malaysia. Terdapat kajian yang menyatakan kesan sampingannya lebih rendah daripada rawatan yang biasa digunakan," kata pakar bedah ENT, Hospital Columbia, Dr Iqbal Farim Rizal Wong.

Lazimnya, buat penghidap kanser, kepastian untuk disahkan bebas daripada penyakit itu mengambil masa sehingga lima tahun daripada bermulanya rawatan.

"Secara kebiasaannya, tempoh lima tahun diperlukan untuk memastikan seseorang pesakit bebas daripada penyakit kanser," jelasnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen