Cabaran Antarabangsa Malaysia: Tan Jie-Yen Wei akhiri badi

Oleh Staff Writer 21 April 2018 2017
Cabaran Antarabangsa Malaysia: Tan Jie-Yen Wei akhiri badi
Beregu campuran negara, Chen Tan Jie-Peck Yen Wei, mengakhiri badi separuh akhir selepas lima penampilan mereka dalam Cabaran Antarabangsa Malaysia apabila berjaya mara ke final, hari ini.

Menentang gandingan campuran Malaysia-Indonesia, Azriyn Ayub-Devi Tika Permatasari, Tan Jie-Yen Wei menang 21-13, 21-15 untuk ke final buat kali pertama.

"Beraksi di laman sendiri, kami telah cuba menampilkan persembahan cemerlang bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia," kata Tan Jie.

Stadium Juara, Bukit Kiara bakal menyaksikan gelaran beregu wanita milik Malaysia susulan kemaraan dua wakil negara ke perlawanan akhir.

Mereka ialah gandingan Lim Chiew Sien-Tan Sueh Jeou yang menundukkan lawan dari Singapura, Citra Putri Sari Dewi-Jin Yujia 21-19, 21-12.

Pasangan Soong Fie Cho-Tee Jing Yi yang juga pilihan pertama pula membenam cabaran pasangan Hong Kong, Ng Tsz Yau-Yuen Sin Ying, 21-11, 21-15.

"Sememangnya kami mahu meraih kemenangan, berdepan beregu senior dalam final akan memberikan cabaran buat kami," kata Chiew Sien.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen