Cabaran Antarabangsa Malaysia: Iskandar juara

Oleh Staff Writer 19 November 2017
Cabaran Antarabangsa Malaysia: Iskandar juara
Pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, menjulang kejuaraan pertamanya tahun ini apabila menepis cabaran rakan senegara, Leong Jun Hao, dalam aksi straight set untuk muncul juara Cabaran Antarabangsa Malaysia di Pasir Gudang, Johor, sebentar tadi.

Kemaraan kedua-dua pemain negara ke pentas akhir cukup mengujakan setelah masing-masing melalui jalan berliku, termasuk berdepan lawan hebat seperti Yu Igarashi dan Nguyen Tien Minh.

Iskandar yang diletak selaku pilihan keenam, dilihat memimpin permainan tatkala lawannya yang diramal pengganti Datuk Lee Chong Wei, lambat menyesuaikan diri.

Dengan corak permainan pantas, Iskandar tidak memberi ruang kepada Jun Hao dengan anak jati Kuala Lumpur ini menang mudah set pertama 21-11.

Terbit harapan untuk Jun Hao bangkit pada set kedua, namun gagal untuk mengetepikan persembahan cemerlang Iskandar.

Hasilnya, skrip sama sekali lagi dicetak Iskandar, kali ini menerusi kemenangan 21-13, sekaligus dinobat juara dalam tempoh 30 minit.

Kemenangan itu melonjakkan motivasi buat Iskandar selepas gagal dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen

Baca Selanjutnya

Iskandar bebas daripada 'penyakit' -- Misbun

By ` 20 November 2017. 7.49 PM