BAM setuju tawar bantuan buat Zulfadli

Oleh Staff Writer 14 Mei 2018 4819
BAM setuju tawar bantuan buat Zulfadli
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bersetuju untuk membantu Zulfadli Zulkiffli menghadapi rayuan kes mengatur perlawanan tetapi tidak akan memberikan dana bagi pembayaran denda yang dikenakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

BAM dilaporkan sudah menerima rayuan daripada Zulfadli bagi membantu proses membersihkan namanya.

Selain penggantungan 20 tahun daripada sebarang aktiviti badminton, bekas juara remaja dunia itu turut dikenakan denda menghampiri RM100,000.

Terkini, BWF membenarkan Zulfadli menerusi pasukan guamannya untuk memulakan proses rayuan tanpa membayar denda sementara pihak BAM menegaskan penglibatan mereka dalam menawarkan bantuan tertakluk kepada bidang kuasa mereka.

"Kami sudah membalas surat itu dan mengatakan, pertamanya kami dimaklumkan oleh BWF bahawa pembayaran denda Zulfadli itu akan dilakukan selepas proses rayuan dilaksanakan.

"Kedua, kami bersetuju untuk menghantar wakil ke sesi pendengaran rayuan tersebut bagi memastikan ia dilaksanakan dengan adil dan saksama," kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Norza Zakaria.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen