Aaron, Wooi Yik cetus harapan baru

Oleh Staff Writer 4 Ogos 2018 11990
Aaron, Wooi Yik cetus harapan baru
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, boleh diibaratkan sebagai bintang dalam pembikinan buat kem badminton Malaysia dan tidak mustahil berpeluang untuk merebut gelaran beregu utama kebangsaan, satu hari nanti.

Aaron dan Wooi Yik masing-masing baru berusia 21 dan 20 tahun, namun mereka mempamerkan aksi yang cukup membanggakan dalam penampilan pertama mereka dalam Kejohanan Dunia walaupun gagal mara ke peringkat separuh akhir setelah tumpas kepada pilihan keempat kejohanan dari China, Li Junhui-Liu Yuchen 14-21, 22-24.

Pencapaian Aaron dan Woh Yik itu menempatkan diri mereka dalam kelompok lapan terbaik dalam saingan di Nanjing, China, sekali gus menyamai pencapaian pasangan Hoon Thien How-Tan Wee Kiong ketika edisi 2014 di Copenhagen, Denmark.

Ini merupakan kejohanan kedua terbesar dalam karier Aaron dan Wooi Yik setakat ini setelah membantu Malaysia dalam kempen Piala Thomas di Bangkok, Mei lalu.

"Pengalaman diraih dengan banyak dan kami mahu belajar bagaimana untuk mengawal permainan, terutama ketika ketinggalan. Ia perlu terus dipelajari," kata Wooi Yik.

Misi mereka untuk meletakkan diri sebagai antara pencabar hebat dalam acara beregu lelaki kini boleh dianggap berjaya dan gandingan itu kini berada di ranking ke-35 dunia.

Kedudukan itu dijangka akan terus meningkat tatkala destinasi Aaron dan Wooi Yik selepas ini adalah saingan Terbuka Vietnam yang akan bermula Selasa ini.

"Keyakinan kami kini sudah meningkat. Sebelum ini beraksi dalam Piala Thomas dan kini Kejohanan Dunia, kedua-duanya sangat membantu dalam mendapatkan rasa yakin," tambah Aaron.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen