Setelah menanti sekian lama, WWE Universe akan berpeluang untuk mengubat kerinduan terhadap jaguh suka ramai, The Rock, dalam acara WWE Smackdown minggu ini.

Perkara itu telah disahkan melalui laman sesawang rasmi WWE.com serta turut diciap oleh bekas Juara Dunia WWE 10 kali itu melalui laman Twitternya.

Acara Smackdown minggu ini amat istimewa kerana bukan sahaja akan bersiaran buat kali pertama di saluran Fox (tayangan rasmi di Amerika Syarikat), malah ia juga bagi meraikan ulang tahun ke-20 jenama kedua WWE itu sejak bersiaran kali pertama pada 29 April 1999.

The Brahma Bull akan membuat kemunculan bersama beberapa lagi bintang legenda WWE seperti Hulk Hogan, Ric Flair, Kurt Angle dan Sting. Bukan itu sahaja, Brock Lesnar turut akan bergusti untuk siaran TV mingguan buat kali pertama dengan mencabar Kofi Kingston bagi Kejuaraan WWE.

Kali terakhir The Rock membuat penampilan di pentas WWE adalah ketika acara WWE Wrestlemania 32 pada tahun 2016. Ketika itu, dia bergandingan dengan Ronda Rousey dan berkonfrontasi bersama pasangan suami isteri Triple H dan Stephanie McMahon.

Acara Smackdown sememangnya amat sinonim dengan bintang yang kini menempa nama di Hollywood itu kerana ia diinspirasikan daripada slogan The Rock iaitu "Lay the smackdown!" dan sering dinamakan sebagai The Rock’s Show semasa era kegemilangannya di WWE pada lewat tahun 90-an dahulu.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan acara WWE Smackdown yang akan bersiaran pada setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran Astro Supersport 4.

(Foto: WWE.com)

Langgani satu-satunya saluran gusti 24 jam di Malaysia, WWE Network. Saksikan acara WWE Hell In A Cell pada 7 Oktober ini dan kesemua acara WWE Pay-Per-View secara langsung! Tidak lupa juga kepada program-program eksklusif WWE Network, hanya di Astro, On Demand & Astro Go.

Hafiz Azwany Taher merupakan pengasas kepada kelab komuniti Peminat Gusti Malaysia yang kini telah menghimpunkan lebih 20,000 peminat gusti di Malaysia. Diasaskan pada tahun 2010, komuniti ini kini merupakan platform utama peminat gusti di Malaysia untuk berkongsi minat yang mendalam terhadap sukan gusti professional.